suria

Ahli politik beri alasan nak cari tandas punca memandu lebih had laju

Gambar hiasan. - Pixabay

DAKWAAN difailkan ke atas ahli majlis perbandaran di wilayah Kagoshima, Jepun gara-gara memberikan alasan memandu melebih had laju kerana mengalami sakit perut.

Menurut dokumen mahkamah dari 29 Oktober yang mula dilaporkan pada minggu ini, Masataka Hirai, 28, dirakam telah melanggar had pemanduan 80 kilometer sejam (km/j) kerana memandu dengan kelajuan 169km/j ketika menuju ke wilayah Oita pada 9 April lalu.

Hirai yang dilantik memegang jawatan itu pada tahun ini mengaku melakukan tuduhan tersebut dan turut menerangkan kepada pihak media tentang alasan dia berbuat demikian.

Ketika ditanya oleh Asahi Newspaper, Hirai dilaporkan berkata: "Saya dalam perjalanan ke Oita ketika perut saya mula sakit dan sebab itulah saya pandu laju kerana saya ingin pergi ke tandas.

"Saya akan patuhi peraturan trafik pada masa depan."

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada Hirai sempat melepaskan 'hajat' di tandas pada insiden itu.

Namun, sesuatu yang pasti adalah kisah melucukan tersebut telah menyebabkan ahli politik muda itu menjadi tumpuan utama hanya kerana dia terpaksa menggunakan tandas sehingga terpaksa melanggar peraturan. - Japan Kyo

cari tandas, lebih had laju

Artikel Lain