suria

Gambar ribuan kereta tersadai macam 'semut' di tengah gurun bertuah!

Gambar yang dirakamkan Todorv dipilih sebagai hadiah utama. Foto Jassen Todorov/2018 National Geographic Photo Contest

SEKEPING gambar menunjukkan ribuan kereta Volkswagen dan Audi yang dipanggil semua, tersadai di Gurun Mojave di utara Amerika Syarikat (AS), dipilih sebagai pemenang hadiah utama.

Terbang tinggi merentasi gurun, jurugambar Jassen Todorov merakamkan gambar kereta dengan skala kecil, cukup menakjubkan dari pandangan atas.

Lapangan terbang logistik selatan California yang turut dikenali sebagai Lapangan Terbang Victorville, dikenali sebagai lokasi untuk menyimpan pesawat uzur, yang akhirnya dijadikan sebagai bahan buahan logam.

Bagaimanapun, susulan berita pada 2015 bahawa Volkswagen membabitkan isu ujian pelepasan toksik, kawasan luas bersebelahan lapangan terbang itu menempatkan semua kereta yang dipanggil semula.

Imej yang dirakamkan oleh Todorov itu dipilih sebagai pemenang, menewaskan ribuan gambar lain dalam pertandingan Jurugambar Alam National Geographic 2018.

Todorov berkata: "Beribu-ribu kereta Volkswagen dan Audi tersadai di tengah-tengah Gurun Mojave di California.

"Model kereta yang dihasilkan dari 2009 hingga 2015 itu direka untuk menipu ujian pelepasan toksik, yang diamanahkan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar AS.

"Berikutan skandal itu, Volkswagen memanggil semula jutaan kereta.

"Dengan merakamkan insiden seperti ini, saya berharap kita semua akan menjadi lebih sedar dan lebih peduli terhadap planet kita yang indah," katanya. - Mirror Online

Artikel Lain