suria

NGO selamatkan ratusan kucing di rumah penyembelihan haram

BULU, kulit dan isi perut binatang ditemui sepanjang laluan ke sebuah premis yang menjadi sasaran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuankan kebajikan binatang di China.

Sebaik tiba, anggota NGO itu dapat melihat ratusan kucing bersesak dalam 24 sangkar.

Haiwan itu dibawa ke bangunan penyembelihan haiwan haram di Tianjin, lapor Meiri Daily News.

Selama ini, penduduk tempatan tahu adanya premis penyembelihan haram beroperasi di kawasan berkenaan tetapi tidak dapat mengesannya.

Usaha menyelamat binatang kesayangan itu dirancang baru-baru ini dan semua kucing itu dibawah jagaan Persatuan Kebajikan Haiwan Capital yang melakukan serbuan itu.

Kebanyakan haiwan itu dipercayai binatang peliharaan berdasarkan keadaan kuku yang dipotong rapi.

Memakan daging kucing bukan satu kesalahan di China apabila ia dimasak sup dan popular di wilayah Guangdong tetapi diharamkan pada 2007.

Pada April lalu, dua beradik lelaki ditahan kerana mencuri lapan kucing peliharaan untuk dijual kepada pemilik restoran.

Menurut Animal Asia, kumpulan yang memperjuangkan kebajikan binatang yang berpangkalan di Hong Kong, kira-kira empat juta kucing dan 10 juta anjing disembelih setiap tahun sebagai sumber makanan di China.- SouthChinaMorningPost


kucing, China, Animal Asia

Artikel Lain