suria

Bekas pemain bola sepak profesional mengaku rompak kedai emas lepas tonton filem

NAKHON SAWAN: Adegan rompakan dalam filem yang ditonton menjadi inspirasi untuk bertindak memecah masuk dan mencuri barang kemas mencecah enam juta baht (RM760,000).

Bekas pemain bola sepak profesional ini mengaku melakukan jenayah itu selepas mendapat idea ketika menonton beberapa filem semasa dia menganggur.

Nanthakorn Khaoprai yang juga bekas penjaga gol Kelab Bola Sepak Nan ditahan bersama barang kemas yang dicurinya pada Jumaat.

Pemain bola sepak berusia 27 tahun itu disyaki merompak kedai emas Thaweechai di cawangan pasar Saphandam pada awal pagi 5 Disember lalu.

Nanthakorn juga mengaku melakukan jenayah itu sendirian selepas memantau pergerakan di kedai emas itu lebih seminggu.

Katanya, dia nampak pemilik kedai itu meletakkan kunci premis berkenaan di luar pintu di belakang kedai berkenaan untuk memudahkan pekerjanya masuk.

Susulan itu, Nanthakorn bertindak membeli kunci yang sama seperti yang digunakan pemilik kedai berkenaan sebelum menunggu masa yang sesuai untuk bertindak.

Pada 4 Disember, dia berjaya menukar kunci itu sekaligus memegang kunci sebenar sebelum memasuki premis itu dan melarikan sejumlah barang kemas.

Barangan yang dicurinya diletakkan dalam beg plastik dan dibawa ke rumah sewanya di Nakhon Sawan sebelum menjual sebahagian daripadanya di wilayah Phrae dan Nan dengan keuntungan sebanyak 300,000 baht (RM38,000).-Bangkok Post








Nanthakorn, Nan, folem

Artikel Lain