suria

Dakwa ada pertalian darah, wanita sanggup gali kubur bapa saudara Puteri Diana

Ann Ukrainetz.

SEORANG wanita mendakwa sebagai ibu saudara kepada mendiang Puteri Diana mahu ujian DNA dilakukan ke atas salah satu mayat bapa saudara kepada Princess of Wales itu untuk membuktikan dia ada kaitan dengan keluarga diraja.

Ann Ukrainetz dari California percaya dia adalah anak perempuan luar nikah datuk Puteri Diana, Edmund Maurice Burke Roche (4th Baron Fermoy).

Ann menuntut mayat Maurice kembar kepada Francis digali semula dan ujian DNA dilakukan untuk membuktikan hubungannya dengan Puteri Diana.

Bercakap kepada Daily Mail, wanita berusia 75 tahun itu berkata proses tersebut akan menjawab segala persoalan yang dicarinya selama lebih 20 tahun.

Ann mendakwa dia berasal dari keturunan kerabat diraja Britain.

Edmund Maurice Burke Roche (kiri) dan isterinya Lady Fermoy.

Namun Ann berkata dia ada menghubungi kerabat diraja Britain dan masih belum mendapat maklum balas mengenai perkara itu.

Ann mendakwa dia mengetahui identiti bapa kandungnya yang sebenar dalam satu surat yang ditulis ibunya, Evelyn Rudderforth yang meninggal dunia pada 1995.

Namun dia hanya menjumpai surat akuan itu empat tahun selepas kematian ibunya.

Ann yang dilahirkan di Kings Lynn, Norfolk sentiasa percaya dia adalah anak perempuan kepada Charles Rudderforth.

Namun sekarang dia percaya ibunya pernah menjalinkan hubungan sulit dengan Maurice.

Ann bersama surat yang ditulis ibunya.

"Sila cuba faham. Saya hanya mahu menjelaskan keadaan bahawa Charlie bukan bapa kandung kamu.

"Saya jatuh cinta dengan Lord Fermoy dan kami ada kamu hasil hubungan itu. Dia berkahwin dan saya hanya orang biasa.

"Tiada apa yang boleh kami lakukan. Kami sering berhubung dan dia amat menyayangi kamu," demikian menurut surat yang ditulis ibu Ann. - Mirror.co.uk

Puteri Diana

Artikel Lain