suria

Lelaki rayu simpati selepas disebat 5 kali, darah keluar daripada baju tapi ada 95 lagi sebatan menanti

Salah seorang pesalah yang menjalani hukuman sebat.

SEORANG lelaki yang ditangkap kerana mengadakan hubungan seks dengan gadis bawah umur di Indonesia merayu simpati selepas disebat lima kali.

Namun, selepas para doktor melakukan pemeriksaan, ada 95 lagi sebatan menanti dirinya.

Dia dan seorang lagi lelaki didakwa melakukan jenayah sama telah dihukum dengan 100 sebatan dna hukuman penjara selama lima tahun di Aceh pada Rabu.

Ketika salah seorang pesalah seks terbabit mengharapkan belas kasihan, mereka yang lain mengunci mulut ketika disebat dan darah mula meresap keluar daripada baju.

Seorang daripada mereka pernah melakukan hubungan seks dengan anak perempuan tirinya yang masih bawah umur, manakala yang lain pula meniduri jiran bawah umur.

Hukuman sebat mengikut syariah itu sering dilaksanakan bagi menghukum beberapa jenis kesalahan yang dilakukan di Aceh.

Seorang doktor merawat luka kesan sebatan salah seorang pesalah seks tersebut.

Ia termasuklah judi, minum arak, hubungan sejenis dan menjalinkan hubungan tanpa nikah.

Aceh merupakan satu-satunya negeri yang melaksanakan undang-undang Islam.

"Kami hanya akan menunda hukuman sebat jika doktor berkata ia akan memberikan ancaman kesihatan yang serius," kata pendakwaraya Isnawati kepada pemberita pada Rabu.

Pejuang hak asasi manusia menyelar pelaksanaan hukuman sebat secara terbuka dan Presiden Indonesia, Joko Widodo telah mengarahkan agar ia dihentikan.

Namun, amalan tersebut mendapat sokongan majoriti penduduk Aceh yang kebanyakannya beragama Islam.

Sekitar 98 peratus adripada 5 juta penduduknya mengamalkan ajaran Islam. - Daily Mirror

sebat, seks bawah umur

Artikel Sebelum

Coklat tumpah, panggil bomba!

Artikel Lain