suria

Putera William pilih santai bersama famili, kad krismas Putera Harry pula detik romantik bersama Meghan

ISTANA Britain mengedarkan kad krismas 2018 dengan Putera William memilih gambar bersama keluarganya, manakala adiknya Putera Harry dan isteri Meghan Markle pula menampilkan imej yang dirakam pada hari perkahwinan pasangan itu.

Gambar hitam putih pasangan yang bakal menimang cahaya mata sulung empat bulan lagi menunjukkan Harry dan Meghan sedang melihat pertunjukkan bunga api di Istana Winsdor, Mei lalu.

William yang juga pewaris takhta ke dua mahukan gambar yang lebih konvensional untuk kad krismas keluarganya.

Gambar William, isterinya, Kate Middleton serta tiga anak mereka, George, 5; Charlotte, 3 dan juga Louis dirakam di Amner Hall.

Selain itu, bapa William dan Harry iaitu Putera Charles yang menyambut ulang tahun ke 70 tahun ini dengan memilih gambar bersama isterinya, Camilla duduk di bangku taman di kediaman mereka di London, Clarence House.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, tabloid British menyiarkan keretakan hubungan antara William dan Kate serta pasangan pengantin baru, Harry dan Meghan. -Jakarta Post

William, Harry, krismas, Harry

Artikel Lain