SEORANG lelaki yang mengupah pemburu hantu untuk membantunya menyelesaikan misteri kehilangan bapanya mendapati ada rangka mayat dikebumikan di ruangan bawah tanah kediamannya. Mike Carroll, 57, selalu tertanya-tanya apa yang berlaku kepada bapanya, George Carroll, selepas keluar membeli sekotak rokok pada 1961 dan tidak pernah pulang selepas itu. Pemburu hantu diupah untuk membantunya menyelesaikan misteri tersebut dan berkata mereka sekeluarga berasa ada 'semangat' yang datang daripada ruang bawah tanah. Pada Halloween lalu, rangka itu ditemui oleh Mike dan dua orang anaknya di bawah tanah mereka di Long Island, New York di Amerika Syarikat. Pihak berkuasa mengesahkan bahawa rangka itu milik waris keluarga terbabit pada Rabu. Beliau berkata: "Saya gembira ia sudah berakhir dan tidak perlu memecahkan rumah saya lagi. Mike (tengah) bergambar dengan dua anaknya. - Facebook "Ketika kami mengetahui tentangnya, saya berasa kagum kerana itulah yang saya fikir selama ini. Rangka mayat George ditemui di bawah konkrit yang dipercayai telah dituangkan ke atasnya. Mike, yang baru berusia lapan bulan ketika bapanya hilang juga diberitahu oleh pemburu hantu tersebut tentang bagaimana ayahnya meninggal dunia. Dia memberitahu New York Post: "Saya diberitahu oleh psikik (pemburu hantu) bahawa ia adalah serangan trauma menggunakan kekerasan. "Dia kata kepada saya bahawa dia dipukul dengan paip dan dikebumikan hidup-hidup." Pasukan penyiasat memutuskan bulan lalu bahawa tengkorak mangsa dicederakan secara serangan trauma menggunakan kekerasan. Dorothy memberitahu anaknya bahawa George keluar membeli rokok dan tidak pernah kembali. - Facebook Bagaimanapun, pihak polis mengatakan bahawa tidak mungkin mereka dapat mengetahui siapa yang membunuh George. Ibu Mike, Dorothy, dikatakan telah memberikan sedikit maklumat tentang kehilangan suaminya dan tidak pernah memfailkan laporan orang hilang. Dorothy meninggal dunia pada 1998, maka dia tidak lagi boleh disoal siasat. Seorang lagi yang boleh memberi penjelasan mengenai kes itu ialah Richard Darress, suami kedua Dorothy, yang berpindah tidak lama selepas George meninggal dunia. Namun, media tempatan melaporkan bahawa Darres meninggal dunia pada Jun tahun ini. Bagi Mike, penemuan rangka mayat bapanya sudah cukup untuk memberikannya penjelasan tentang kehilangan lelaki itu. - Daily Record