suria

Datuk tergamak rogol cucu 10 tahun selama hampir setahun

Pelaku melakukan perbuatan terkutuk itu selama hampir setahun.

HARAPKAN pegar, pegar makan padi. Itulah peribahasa tepat bagi menggambarkan tindakan keji seorang datuk yang menjadikan cucu sendiri berusia 10 tahun sebagai pemuas nafsu.

Bukan itu sahaja, lelaki berusia 56 tahun itu turut memperkosa anak saudara isterinya yang berusia 12 tahun.

Perbuatan tidak bermoral itu berlaku di daerah Kotagede, Yogyakarta.

Kes itu terbongkar pada Rabu lalu selepas mangsa berusia 10 tahun mengadu sakit di bahagian perut ketika hendak membuang air kecil dan berjalan.

Pemeriksaan di hospital mendapati budak perempuan malang itu dirogol berulang kali dan doktor menasihati keluarga mangsa supaya membuat laporan polis.

"Pelaku merogol cucunya selama hampir setahun, bermula Februari lalu.

"Pelaku melakukan perbuatan itu setiap kali isterinya tidur.

"Mangsa diugut supaya merahsiakan kejadian itu," kata Ketua Polis Kotagede, Abdul Rochman S.Ag.

Katanya, siasatan lanjut mendapati pelaku turut memperkosa anak saudara isterinya dan sering memberikan wang dan hadiah kepada mangsa agar menutup mulut.

Tambahnya, pelaku turut memaksa kedua-dua mangsa menonton filem porno bersamanya.

Difahamkan, kedua-kedua mangsa mengalami trauma dan gangguan psikologi yang teruk akibat sering diugut pelaku.

"Polis telah menahan pelaku di rumahnya pada Jumaat lalu dan turut merampas sebuah set televisyen dan sekeping cakera video digital (VCD) lucah.

Difahamkan, pelaku bakal menghabiskan sisa kehidupannya di belakang tirai besi jika disabit bersalah oleh mahkamah. - jogja.tribunnews.com

rogol

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan