SEBUAH firma CyberSecurity mendedahkan kebanyakan kata laluan yang digodam pada tahun 2018 adalah '123456'.
Manakala kata laluan 'password' antara yang tertinggi untuk tahun kelima berturut-turut.
Biarpun telah diberi amaran berkali-kali oleh pihak keselamatan, jutaan orang ramai masih menggunakan kata laluan yang lemah, mudah digodam di peranti masing-masing.
Berdasarkan kajian, dengan lima juta akaun digodam bersama 10 peratus orang menggunakan sekurang-kuranganya 25 perkataan yang paling teruk sejak beberapa tahun lalu.
Setiap tahun firma SplashData yang berpengkalan di Los Gatos, California yang menyediakan perlindungan identiti telah membuat penilaian terhadap jutaan orang yang menggunakan kata laluan yang mudah untuk digodam.
Selepas kata laluan '123456', lima lagi yang terkenal digodam seperti '123456789, 12345678,1234,111111 dan 1234567.
Terdapat juga tema kata laluan yang teruk disenaraikan termasuk nama pertama, hobi seperti 'donald' dan 'football'.
"Penggodam mempunyai kata naluri yang baik menggunakan nama selebriti, tema budaya dan sukan kerana mereka tahu ramai orang akan menggunakan kombinasi kata laluan yang senang diingati," jelas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SplashData, Morgan Slain.-Dailymail.co.uk
Senarai 25 kata laluan paling teruk atau mudah digodam tahun 2018:
1 123456
2 password
3 123456789
4 12345678
5 12345
6 111111
7 1234567
8 sunshine
9 qwerty
10 iloveyou
11 princess
12 admin
13 welcome
14 666666
15 abc123
16 football
17 123123
18 monkey
19 654321
20 !@#$%^&*
21 charlie
22 aa123456
23 donald
24 password1
25 qwerty123