suria

Meghan selisih faham dengan mertua tiri pula!

Camilla dilaporkan tidak menyenangi sikap Meghan yang kerap melanggar peraturan diraja. - Youtube

OH tidak, tidak sekali lagi Meghan Markle!

Selain khabar angin mendakwa Meghan bertelagah dengan Kate Middleton, hubungan dingin dengan Putera William dan drama tidak berkesudahan dengan Samantha Markle, nampaknya ada episod baharu dalam kehidupan isteri Putera Harry itu.

Kini, khabar angin mendakwa Duchess of Sussex tersebut tidak disenangi oleh seorang lagi kerabat diraja Britain.

ARTIKEL BERKAITAN: Perut Meghan Markle tarik perhatian ramai pada Anugerah Fesyen British 2018

Menurut laporan oleh Woman's Day, sikap 'mengarut' Meghan di Anugerah Pertunjukan Fesyen baru-baru ini mencetuskan kemarahan ibu mertua tirinya, Camilla Parker-Bowles.

Camilla dilaporkan tidak senang hati dengan perbuatan Meghan seperti cuba mencuri perhatian kerana melanggar pantang larang diraja (menggunakan pewarna kuku hitam).

Penampilan Meghan pada majlis anugerah tersebut. - Instagram @mrsmeghanmarkle

Seorang sumber diraja berkata: "Pada saat ini, Camilla bersedia untuk 'berperang' dengan Meghan.

"Dia melihat ia adalah tanggungjawabnya untuk menyedarkan Meghan tentang kedudukan puteri itu, atau menyingkirkannya daripada keluarga diraja."

Tidak cukup dengan itu, Camilla dilaporkan tidak menggemari cara Meghan berinteraksi dengan individu lain di majlis berkenaan.

Meghan berpelukan dengan tetamu di atas pentas dan mengambil swafoto dengan beberapa personaliti popular.

Perbuatan itu dianggap seperti mempersembahkan dirinya lebih kepada seorang selebriti berbanding seorang puteri.

Memandangkan Camilla sering digelar sebagai wanita simpanan Putera Charles sejak sekian lama, layanan yang diterima Meghan nampak seperti hipokrit dan tidak adil, menurut seorang pembantu istana. - Nova 969

Meghan Markle, Camilla

Artikel Lain