suria

Pelancong patah leher terjun kolam, "ingatkan dalam rupanya cetek"

Sophie diberitahu doktor bahawa dia mungkin tidak dapat berjalan lagi.

SEORANG 'backpacker' yang patah leher semasa melancong ke Thailand diberitahu bahawa dia mungkin tidak dapat berjalan lagi.

Sophie Wilson, 24, tersilap menganggarkan kedalaman sebuah kolam renang di Pai dan mencederakan dirinya.

Pengurus sebuah kedai kopi yang berasal dari Shepshed, Leicestershire itu kemudian dikejarkan ke hospital di mana dia dimaklumkan bahawa kos rawatannya boleh mencecah 60,000 pound sterling.

Dia hanya mampu mengangkat salah satu lengannya meskipun dua pembedahan telah dilakukan sejak insiden pada 1 Disember lalu.

"Pada mulanya saya terkejut, saya tidak terfikir kolam renang itu sangat cetek kerana orang ramai melompat dan menyelam sebelum saya.

Sophie masih lagi berada di Thailand bersama kedua ibu bapanya.

"Saya tidak dapat merasai badan saya, hanya kesakitan teruk di leher. Saya masih ingat lagi saya beritahu saya tak dapat rasa kaki saya.

"Ia amat menyayat hati kerana sebelum ini saya amat aktif dan keraguan bahawa saya tidak boleh berjalan lagi sukar diterima.

"Namun saya percaya berfikiran negatif hanya akan menyukarkan lagi keadaan. Saya bernasib baik kerana masih hidup," katanya.

Syarikat insurans memaklumkan mereka tidak akan menanggung bil perubatan Sophie kerana ia disebabkan tindakan semberononya.

Kini keluarganya cuba mengumpul wang untuk menampung kos rawatan dan tiket penerbangan pulang Sophie ke United Kingdom (UK).

Meskipun mengalami dua keretakan di leher, pakar bedah pada mulanya menolak untuk melakukan pembedahan sehingga keluarganya memberi jaminan akan membayar kos tersebut.

Kedua ibu bapanya berada di Thailand untuk menemani Sophie. - Metro.co.uk

backpaker, pelancong

Artikel Berikut

Artikel Lain