suria

Tak tahan telinga gatal, rupanya semut merayap cari 'makanan' dalam telinga

SEEKOR semut ditemui mencari 'makanan' di dalam telinga seorang lelaki.

Menurut Dr Hoat, seorang pesakit lelaki datang menemuinya memberitahu seperti ada sesuatu dalam telinganya.

Selepas membuat pemeriksaan, doktor menemui seekor semut sedang merayap mencari makanan.

Doktor terus mengambil penyepit dan mengeluarkan semut itu.

"Bagaimana ia boleh merayap dalam telinga saya?," ujar lelaki itu terkejut apabila melihat semut dikeluarkan.

Insiden itu berlaku pada 6 Disember lalu di Hai Duong, Vietnam.-mirror.co.uk

Semut, telinga

Artikel Lain