suria

Tak sabar nak menantu, bapa dari AS iklan cari jodoh 3 anak lelaki di NZ

IMPIAN untuk melihat tiga anak lelaki mempunyai kekasih dan seterusnya mendirikan rumahtangga mendorong seorang bapa menjadikan percutian keluarga untuk mencari jodoh buat anak-anaknya.

Tambah menarik lagi, bapa kepada tiga pemuda ini mengiklankan di akhbar The New Zealand Herald untuk mencari pasangan buat anak-anaknya.

Mesej yang disampaikan kepada ibu bapa di New Zealand yang mempunyai anak gadis yang masih solo untuk dijodohkan dengan anaknya.

Menyifatkan trio itu sebagai "hebat, berjaya, kacak, dan bujang", Neil Schifberg berharap ada gadis di negara Kiwi itu yang berminat untuk menjadi pasangan anak-anaknya.

Lima sekeluarga dari Oregon, Amerika Syarikat itu akan terbang ke New Zealand pada 26 Disember ini termasuk tiga jejaka bujang - Benjamin, Jeremy dan Matthew.

Berusia antara 28 dan 32 tahun, Neil turut memaklumkan dia dan isterinya serta anak mereka akan berada di negara itu sehingga 7 Januari 2019.

Malahan, alamat emelnya, [email protected] juga disertakan untuk memudahkan sesiapa yang berminat dengan tawarannya itu.

Setakat ini, kira-kira 200 maklum balas diterima Neil dan dia terkejut menerima respons sedemikian.

Namun apa yang menariknya, tiga anaknya masih tidak tahu menahu mengenai iklan berkenaan.

Ketika dihubungi The New Zealand Herald, Neil berkata dia berhasrat untuk berterus terang kepada mereka mengenainya sama ada ketika dalam penerbangan atau sebaik menjejakkan kaki ke negara itu.- Unilad.co.uk

Neil, Oregon, New Zealand

Artikel Lain