SEORANG lelaki yang mendakwa dirinya adalah pengembara masa dari tahun 2030 membuat ramalan bahawa Amerika Syarikat (AS) bakal lenyap tidak lama lagi. Dikenali sebagai Noah, dia turut meramalkan banyak objek terbang tidak dikenali (UFO) akan membuat kemunculan pada tahun depan. Lelaki itu bercakap menerusi saluran Youtube Apex TV yang mana dia turut memaparkan beberapa cetakan dari perpustakaan masa depan. "Bermula 2019 hingga 2020, Januari 2019 akan menyaksikan peningkatan kehadiran UFO. Orang ramai boleh nampak di mana-mana sahaja. "Pada Februari 2019 pula, satu ribut salji berskala besar akan melanda beberapa bandar dan melenyapkan segalanya. Ia adalah ribut salji terbesar dalam sejarah," katanya. Dia turut membuat ramalan lain termasuklah penggunaan mata robotik, serta cip yang membolehkan orang lumpuh berjalan kembali. Berkaitan politik pula, dia meramalkan Donald Trump akan dipilih sebagai presiden, sekali lagi pada November 2020. Dalam pada itu, Noah turut mendakwa dia merupakan sebahagian pegawai kerajaan terdahulu yang dihantar ke tahun 2030. "Kami perlu memberi peringatan kepada orang ramai bahawa pengembaraan masa adalah benar. "Malah, kerajaan menggunakan pengembaraan masa secara sembunyi daripada pengetahuan orang ramai," katanya lagi.- Daily Star.