suria

Selepas 5 tahun menduda, Putin beri bayangan akan berkahwin

PRESIDEN Rusia, Vladamir Putin memberi bayangan akan menamatkan zaman dudanya, tetapi tidak menamakan wanita yang bakal dikahwininya.

Pemimpin dunia berusia 66 tahun itu yang dikenali sebagai seorang mempertahankan aspek privacy kehidupan diri dan keluarganya.

Jawapan spontan mengenai perkara itu keluar dari mulutnya selepas disoal wartawan pada sidang media tahunan yang lebih banyak tertumpu kepada hubungan antarabangsa dan ekonomi.

“Sebagai seseorang yang dihormati, saya mungkin perlu juga melakukan perkara ini suatu masa nanti,” kata Putin sambil tersenyum.

Putin bergelar duda pada 2013 selepas bercerai dengan Lyudmila yang dikahwininya pada 1983.

Dua anak perempuan Putin, Katerina dan Maria yang kedua-duanya berusia awal 30-an tidak terlibat dalam gelanggang politik seperti bapa mereka dan sentiasa berusaha untuk tidak menjadi perhatian umum.

Sejak bercerai dengan Lyudmila, banyak khabar angin tersebar mengenai kehidupan peribadi Putin.

Akhbar Russia juga pernah melaporkan beliau menjalin hubungan dengan bekas ahli gimnas Olimpik, Alina Kabaeva, namun laporan itu dinafikan oleh Putin.

Pada 2016 pulka, Reuters melaporkan seorang ahli perniagaan yang mempunyai hubungan dengan Putin memindahkan pemilikan hartanah kepada kakak dan nenek Alina Kabaeva.-Euronews.co

Putin, Rusin, duda

Artikel Lain