suria

38 tahun terpisah, bapa akhirnya dipertemukan dengan anak lelaki

KASIH ibu membawa ke syurga, kasih ayah kekal selamanya.

Tidak dapat digambarkan bagaimana beremosinya seorang lelaki berusia 66 tahun apabila dia dipertemukan buat kali pertama dengan anaknya yang kini berusia 28 tahun.

Lebih manis, pertemuan jejak kasih itu disiarkan secara lansgung menerusi rancangan televsoyen di United Kingdom, pada Sabtu.

Mereka dipertemukan dalam sebuah rancangan di ITV Studio.

Bukan pasangan itu sahaja, malah penonton serta tetamu juga meluahkan perasaan sedih mereka setelah menyaksikan detik bersejarah itu.

Penonton di rumah turut menghantar posting di Twitter berkenaan siaran tersebut yang disifatkan sangat beremosi.

Selain bertemu dengan anaknya, lelaki yang dikenali sebagai Leo Senzon itu turut diperkenalkan kepada cucunya.

"Satu segmen yang sangat hebat. Ia membuat saya terharu melihat kisah suka duka begini, keluarga yang indah," komen seorang penonton.

Ollie berjaya mengesan bapanya menerusi carian Facebook sebelum mereka dipertemukan dalam rancangan itu.

Kata bapanya, banyak faktor yang menyebabkan dia tidak dapat bertemu dengan anaknya selama ini.- Daily Mail.

 

Leo Senzon

Artikel Lain