suria

Bayi masih bertali pusat ditemui dalam kain wanita mati bunuh diri

Bayi itu ditemui dalam kain sari ibunya. FOTO HIASAN: www.nirapadnews.com

SEORANG wanita yang sarat mengandung menggantung dirinya sehingg mati dalam satu kejadian di India.

Lebih mengejutkan, pemeriksaan polis mendapati dia sempat melahirkan anaknya sebelum mati.

Polis menemui bayi itu yang masih hidup dan lengkap dengan tali pusat, sedang tergantung dalam kain sari milik ibunya.

Kejadian itu berlaku Katni, Madhya Pradesh pada pagi, Khamis lalu.

Kejadian disedari suaminya sebelum dia menghubungi pihak berkuasa.

"Apabila kami tiba, kami memeriksa badan wanita itu, dan kemudiannya kami nampak seperti ada bayi terjuntai dalam kain mangsa dengan tali pusat.

"Kami bersihkan bayi, balut dengan kain dan terus bawa ke hospital untuk rawatan," ujar seorang wakil pihak berkuasa.

Polis bagaimanapun tidak dapat mengenal pasti motif wanita yang dikenali sebagai Laxmi Thakur itu membunuh diri.- Mirror.UK.

Laxmi Thakur, Bunuh Diri

Artikel Lain