suria

Penumpang cemas belon udara panas terbakar, 'tak pasti dapat lihat hari esok atau tidak'

-foto ABC News

SEORANG wanita dikejarkan ke hospital selepas belon udara panas yang dinaikinya terhempas.

Belon udara panas itu terhempas di Lembah Yarra, Victoria, berhampiran Melbourne pada Rabu selepas sebuah tangki gasnya terbakar, lapor 7 News.

Kebakaran berlaku 30 minit selepas belon udara yang dikendalikan oleh pemandu berpengalaman itu berlepas pada pukul 5.30 pagi, lapor 9 News.

Belon udara itu bagaimanapun berjaya mendarat dengan selamat sebelum penumpang-penumpang dipindahkan.

-foto 9News

Wanita berusia 27 tahun itu dibawa ke hospital untuk pemerhatian, menurut ABC News, manakala tiada seorang pun daripada 15 penumpang lain cedera.

"Ia begitu dahsyat. Kami tak pasti sama ada dapat melihat hari esok atau tidak," kata seorang penumpang kepada ABC News.

Enam trak bomba dikerahkan ke tempat kejadian, tetapi bakul belon udara terbakar sepenuhnya.

-foto 9News

Insiden ini berlaku selepas belon udara panas yang membawa 1o penumpang pada minggu lalu tersangkut pada pokok akibat angin kuat sebelum mendarat di utara-timur Melbourne.

Awal tahun ini, belon udara panas yang penuh dengan pelancong mendarat laju dalam kejadian di Dixons Creek, kira-kira 25km di luar Melbourne.

Penumpang tercampak dari bakul selepas belon itu terhenti pada ketinggian sekitar 500 meter, sebelum mendarat dengan laju dan kuat.

Artikel Lain