suria

Budak lelaki terselamat dari musibah tsunami selepas gitar Seventeen dijadikan pelampung

Jenazah Ninil dikebumikan di Bangil, Pasuruan, Jawa Timur.

GITAR milik kumpulan pop rock terkemuka Indonesia, 'Seventeen' antara barang yang digunakan oleh mangsa tsunami, Akhmad Khowarizmi atau Azmi, 10, untuk menyelamatkan diri dari gelombang tsunami yang melanda pantai Carita.

Menerusi portal Liputan 6, Azmi bersama keluarganya menyaksikan persembahan kumpulan itu di kawasan pelancongan tersebut.

Menurut datuknya, Ashari, 64, keluarga itu berada di hadapan pentas dan tidak sempat melarikan diri.

"Apabila tsunami melanda, mereka tidak sempat lari hingga mengakibatkan anak, menantu, kedua cucu dihanyutkan air," katanya.

Jelasnya, cucunya terselamat kerana dia mengapai gitar milik kumpulan terbabit untuk dijadikan pelampung.

"Apabila dihanyutkan gelombang, cucu saya sempat mengapai gitar itu untuk membuatkan dia terapung.

Keadaan di Anyer selepas dibadai tsunami.

"Cucu perempuan, Farzana Arfa Fahira atau Arfa, 7, juga terselamat kerana dilindungi oleh permaidani pentas," katanya.

Begitu juga dengan menantunya, Akhmad Diyak, berjaya menjadikan dahan pokok sebagai pelampung.

Namun anak perempuan tunggalnya terkorban, Ninil Ukhita Anggra Wardani dan ditemui pada 23 Disember di sekitar Tanjung Lesung.

Meskipun sedih kehilangan anaknya, Ashari perlu cekal agar cucunya juga kuat untuk meneruskan sisa hidup tanpa ibunya.

"Apbila mereka bersama saya, mereka tenang, tetapi ketika mereka bersendirian, kadang-kadang mereka menangis. Biasanya cucu akan memeluk ibu mereka ketika pulang dari kerja tetapi kini tidak lagi," katanya.

Pemergian Ninil, 38, yang terkorban dalam tsunami Selat Sunda meninggalkan seribu kesedihan mendalam buat keluarga itu.

Ninil selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kalirejo, Bangil, Pasuruan pada malam 24 Disember lalu. - Liputan6

tsunami, Seventeen

Artikel Lain