SEORANG lelaki berusia 30 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Jaipur kerana didakwa cuba menyeludup emas ke negara itu dengan cara menyembunyikannya di dalam dubur, kata seorang pegawai kastam pada Selasa. Pankaj Saduwani ditahan di lapangan terbang malam Ahad selepas kakitangan kastam mengesyaki sesuatu terhadap lelaki itu yang berkelakuan aneh. Dia mengambil penerbangan Thai Airways. Semasa soal siasat, Saduwani mengaku dia menyembunyikan enam keping emas dengan berat kira-kira 1 kg di dalam rektumnya, kata pegawai itu. Seterusnya, dia ditangkap dan emas tersebut dirampas, kata pegawai itu lagi. Pegawai berkenaan berkata modus operandi kumpulan itu ialah seorang penyeludup diberikan gambar penerima barang yang menunggu di luar lapangan terbang dan dia hanya boleh menyerahkan barangan yang diseludup kepada individu itu sahaja. Saduwani sedang disiasat, katanya. -Khaleej Times