MEGHAN Markle tidak menghubungi bapanya pada Hari Krismas buat kali kedua, dakwa kakak tirinya, Samantha. Samantha, 53, membuat dakwaan begitu menerusi akaun Twitter dengan melabelkan Duchess of Sussex sebagai 'biadab dan tidak ada hati perut'. Dakwaan itu timbul di saat konflik yang berlaku antara Meghan dan Thomas Markle, 73. Menerusi tulis di Twitter itu, kata Samantha: "Kehidupan saya baik, dan selepas terkena serangan jantung pada majlis perkahwinan, dan kini sudah dua Krimas, dia pun tidak menghubunginya (bapa). Tak ada perikemanusiaan." Selepas beberapa siri tulisanya, dia menambah: "Kemaafan, penyatuan semula, dan mempunyai semangat Krismas, dan hati yang mendamaikan?" "Jelas anda tidak mampu dan saya tidak tahu apa lagi yang boleh diperkatakan untuk menggambarkan apa yang saya rasa. Wow." Sejak majlis perkahwinan pada Mei lalu, Meghan tidak bercakap dengan bapanya. Malah, Thomas mengetahui mengenai berita kehamilan Meghan menerusi pengumuman di radio. - Mirror Online