suria

Sambutan tahun baharu bertukar tragedi, ramai cedera jambatan runtuh

Struktur jambatan sebelum runtuh. Foto east2west news

SAMBUTAN tahun baharu bertukar tragedi apabila orang awam berdepan detik cemas selepas jambatan pejalan kaki di Gorky Park yang popular di Moscow, Rusia.

Seramai 13 orang cedera semasa mereka berpelukan dan bersorak sejurus selepas kiraan detik tahun 2019.

Tiada yang cedera parah di dalam kejadian itu, tetapi jumlah yang cedera mungkin meningkat akibat dihempap struktur berkenaan yang tidak dapat menampung jumlah yang ramai.

Jambatan kayu itu merentasi sebuah pusat meluncur ais yang popular.

Pengarah Gorky Park dipecat pada Selasa berhubung insiden tersebut.

Sekumpulan orang awam cedera akibat runtuhan jambatan. Foto east2west news

Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin memecat pengurus taman berusia 36 tahun itu.

"Saya melawat mereka yang cedera dalam runtuhan jambatan Gorky," katanya.

"Syukur tiada kecederaan parah, tetapi malangnya ia merosakkan sambutan berkenaan.

"Pihak yang bertanggungjawab berhubung insiden perlu dikenakan tindakan," tambahnya. 

Tambah Sergei, beliau telah mengarahkan Jabatan Budaya untuk memecah pengarah taman itu, meskipun ia bukan mudah baginya untuk membuat keputusan itu. - Mirror Online

Artikel Lain