suria

Kakak tiri cadang Meghan mulakan tahun baharu makan lebih banyak coklat

Meghan Markle. Foto Reuters

SAMANTHA Markle memberikan beberapa cadangan kepada adik tirinya, Meghan sempena azam tahun baharu.

Selepas mendakwa Duchess of Sussex itu tidak berhati perut, menerusi mesej Krimasnya sebelum ini, Samantha menggesa Meghan memulakan tahun 2019 dengan berterima kasih kepada bapa mereka, Thomas.

Dia turut memberitahu Meghan supaya makan lebih coklat bagi pembawaan dirinya lebih manis.

Bercakap kepada Daily Star Online, Samantha menyampaikan pesanan kepada Meghan: "Azam tahun baharu kamu sepatutnya bersikap jujur dan memberi penghormatan kepada mereka yang banyak membantu kamu seperti ayah.

"Berterima kasih kepada ayah kerana pendidikan kolej kamu, kerjaya kamu, memberi semagat setiap lapangan yang kamu ceburi, tetapi hargai mereka yang mengambil berat pasal kamu.

"Ramai orang di serata dunia tidak dipeduli sesiapa dan diharapkan kamu dapat menghargainya dan melangkah ke hadapan pada tahun baharu ini dengan menghargai anak-anak kamu supaya mereka juga berterima kasih kepada kamu.

"Semuanya adalah kitaran penuh... bermula dengan ayah, dan kamu boleh membawanya pada legasi seterusnya."

Samantha kemudian secara bergurau berkata: "Dan sudah tentu saya nak tambah supaya kamu makan lebih banyak coklat untuk pembawaan diri yang lebih manis pada tahun baharu." - Mirror Online

Artikel Lain