suria

Bekas pelumba kereta maut, tersangkut tiga hari di bumbung rumah

Ronald Easton tersangkut di bumbung rumahnya selama tiga hari. Foto BBC/APEX

SEORANG bekas pelumba kereta meninggal dunia, selepas tersangkut di bumbungnya semasa hendak memperbetulkan antena televisyen, menurut pendengaran inkues.

Ronaldo Easton, yang dikenali sebagai ‘Ton Up Ron’, memanjat bumbung menggunakan tangga bagi memperbaiki isyarat televisyennya.

Menurut pendengaran koroner, warga berusia 102 tahun itu kemudian terjatuh dan tersangkut di antara dua bumbung.

Mangsa terperangkap selama tiga hari dan tidak dapat bergerak. 

Kehilangan Ron disedari selepas seorang seorang penghantar susu, Trish Bagley mendapati botol susu di hadapan pintu rumah mangsa tidak diambil.

Dia kemudian memberitahu mengenai perkara itu kepada jiran-jiran.

Ronaldo Easton meninggal dunia pada usia 102 tahun. Foto APEX

Pasukan bomba membantu membawa turun Ron dari bumbung di kediamannya di Bigbury, Devon di England.

Mangsa dibawa ke Hospital Derriford di Plymouth dan dirawat kerana radang paru-paru tetapi meninggal dunia pada awal pagi 2 November tahun lepas.

Menerusi pendengaran inkues, Koroner, Ian Arrow membawa kenyataan daripada pakar perubatan yang merawat Ron, Dr Peter Pollak bahawa mangsa mengalami glaukoma dan menjalani pemeriksaan tahunan pada November tahun sebelumnya.

Punca kematian disahkan disebabkan oleh radang paru-paru, berikutan terjatuh dan terperangkap serta kerana penyakit jantung. - Mirror Online

Ronald Easton, Ton Up Ron

Artikel Lain