suria

Budak lelaki maut selepas terhidu hidangan nenek masak ikan kod

Jean-Pierre meninggal dunia kerana terhidu hidangan makan malam di rumah neneknya. - Handout

SEORANG budak lelaki berusia 11 tahun meninggal dunia selepas rebah secara tiba-tiba di rumah neneknya.

Kanak-kanak itu mungkin mempunyai alahan terhadap bauan yang dimasak oleh neneknya.

Camron Jean-Pierre terhidu hidangan ikan kod yang dimasak untuk makan malam.

Camron mempunyai alahan terhadap ikan, tetapi keluarganya berkata kebiasaannya ia tidak memudaratkan.

Dia rebah sebaik masuk ke rumah yang terletak di Brooklyn, Amerika Syarikat itu.

Ubat yang diberikan bapanya untuk menyelamatkan  Jean-Pierre tidak berkesan.

Bapanya, Steven berusaha keras untuk menyelamatkan Jean-Pierre tetapi gagal, kanak-kanak itu akhirnya meninggal dunia di hospital.

Steven memberitahu New York Post tentang kata-kata akhir anak lelakinya sebelum menghembuskan nafas terakhir: "Ayah, saya sayangkan kamu."

Sementara itu, seorang pakar, Dr Janette Nesheiwat memberitahu 4 News bahawa reaksi terhadap bauan jarang berlaku, tetapi ia tidak mustahil.

"Anda sedut asap atau toksin, ia seperti bahan kimia kepada paru-paru.

"Ramai orang ada alahan, ada yang tidak diketahui. Sebab itu penting untuk berjumpa dengan doktor secara berkala." - Mirror UK

alahan, ikan kod

Artikel Lain