suria

Anak lelaki 'sempurna di mata ibu' lakukan serangan seksual, rogol adik selama 9 tahun

Brandon (kiri) bersama ibunya dan Olivia. -foto CatersNewsAgency

SEORANG gadis yang berulang kali dirogol oleh abangnya sejak usianya tiga tahun berkata dia tidak akan membiarkan lelaki itu merosakkan masa depannya.

Brandon Hutchinson, 25, menggunakan objek tertentu untuk menyalahgunakan Olivia, 22, selama sembilan tahun dan merogolnya menggunakan stokin atau beg plastik sandwic.

Olivia, dari Fleetwood, Lancashire, berkata: "Saya tak akan lupa apa yang berlaku kepada saya, dia menyalahgunakan kedudukannya sebagai abang.

"Malah dia menggunakan beberapa objek untuk menyerang saya termasuk berus mekap, maskara dan sikat.

"Ketika dia merogol, dia akan guna stokin atau plastik sandwic. Dia hanya berhenti ketika saya berumur 12 tahun yang mana pada masa itu saya sudah faham ia salah dan berani kata 'tidak'.

"Zaman kanak-kanak saya dihancurkan oleh abang saya tetapi saya tak akan biarkan dia merosakkan masa depan saya," katanya.

Brandon kini sudah menjalani hukuman penjara selama empat tahun dari sembilan tahun hukuman yang dikenakan ke atasnya selepas didapati bersalah atas sembilan pertuduhan pada Januari 2015.

"Saya masih ingat diserang oleh Brandon sejak umur tiga tahun dan ketika usianya meningkat dia mula merogol.

"Saya terpaksa hidup dengan memori ngeri sehinggalah tahun 2014 apabila saya akhirnya mempunyai keberanian untuk beritahu ibu.

"Tak ada seorang pun yang tahu bagaimana jahatnya dia sebelum saya ceritakan segala-galanya, saya bosan dengan pembohongan," katanya.

Olivia hanya mendapat keadilan selepas menceritakan hal sebenar kepada ibunya. -foto CatersNewsAgency

Brandon akhirnya dibawa ke muka pengadilan selepas Olivia memberitahu ibunya Janet Hutchinson, 43, yang terkejut dengan anak lelakinya yang dianggap 'sempurna', tetapi dalam diam merogol anak perempuannya ketika dia berada di tingkat bawah.

Ibu kepada tiga anak itu berkata: "Apabila Olivia beritahu saya abangnya, Brandon telah merogolnya, ia satu kejutan besar.

"Ia berlaku selama bertahun-tahun di rumah ketika kami berada di tingkat bawah. Saya sangat kecewa kerana anak lelaki yang sempurna di mata saya sebenarnya seorang perogol.

"Tetapi saya menyokong Olivia untuk pastikan dia mendapat keadilan sepatutnya. Ia adalah satu masa yang sukar untuk keluarga, tetapi suami saya, Mark sentiasa bersama anak perempuan saya," katanya.

Brandon dijangka dibebaskan dari penjara pada Mei depan selepas menjalani separuh dari hukuman sembilan tahun.

Dia dijatuhi hukuman di Mahkamah Crown Preston. Tuduhannya termasuk serangan seksual yang tidak senonoh, aktiviti seksual dengan kanak-kanak, dua tuduhan serangan seksual yang tidak senonoh di bawah usia 13 tahun, tiga tuduhan rogol seorang kanak-kanak di bawah 13 tahun.

Olivia menambah: "Saya begitu lega ketika dia dijatuhi hukuman sembilan tahun. Saya akhirnya rasa seperti dapat meletakkan masa lalu saya di belakang." -MetroUK

Artikel Lain