suria

Silap 'orang', pencuri dibelasah atlet wanita UFC

Foto instagram Dana White

SEORANG pencuri cedera dibelasah atlet wanita UFC (Ultimate Fighting Championship) selepas cuba mencuri telefon bimbitnya.

Pejuang profesional Polyana Viana berkongsi gambar lelaki yang cuba mencuri telefon bimbitnya, namun malang buat pencuri itu apabila menerima 'habuan' tanpa diduga.

Viana antara bintang UFC yang semakin dikenali selepas menunjukkan prestasi memberangsangkan pada penampilan pertama dalam UFC tahun lalu.

Insiden berlaku di Rio de Janeiro Sabtu malam lalu walaupun ketika itu lelaki tersebut mendakwa dia mempunyai senjata.

"Apabila dia nampak saya melihatnya, dia terus berdiri di sebelah saya. Dia bertanyakan saya, dan saya jawab saya nampak dan dia tidak mahu beredar.

"Jadi saya telah merampas telefon bimbit dan letaknya di pinggang. Dan dia  berkata, 'berikan pada saya telefon itu. Jangan cuba bertindak kerana saya ada senjata'. Dan selepas itu dia acukan tangan (pistol) ke arah saya , namun saya sedari ia  terlalu lembut.

"Dia berada terlalu dekat dengan saya. Jadi saya fikir, jika betul itu pistol sudah pasti tidak ada masa lagi. Saya bertindak dengan menghayunkan dua tumbukan dan menyepaknya.

"Dia jatuh dan saya terus menangkapnya. Saya duduk di atasnya dan berkata 'sekarang kita tunggu polis'," jelasnya.

Presiden UFC Dana White berkongsi gambar tersebut di Instagramnya dengan '#badf******idea'. -Dailymail

Atlet wanita, belasah pencuri

Artikel Lain