KEJADIAN runtuhan gunung di Siberia pada bulan lalu masih lagi menjadi misteri. Saintis kini giat membuat siasatan terperinci mengenai punca kejadian yang menyebabkan gunung itu runtuh sehingga batuan memenuhi kawasan Sungai Bureya, di Khabarovsk. Malah, pihak tentera turut dikerahkan ke lokasi kejadian untuk membersihkan sisa runtuhan yang menyekat laluan air di sungai itu. Selain dikaitkan dengan hentaman asteroid, penduduk sekitar turut membuat spekulasi bahawa kejadian itu didalangi makhluk asing. "Saya yakin ianya batuan angkasa," ujar ketua kerajaan di daerah itu. Namun, timbul juga pelbagai laporan mengenai kejadian pelik di kawasan itu. Alexey Dyundin, 46, seorang ahli perniagaan tempatan berkata, dia merupakan saksi kejadian itu. "Saya melihat makhluk besar dengan badan berwarna hijau, sangat terang dan ada ekor panjang. "Kami nampak di depan mata, ia jatuh dari kawasan timur ke selatan. Semuanya berlaku dalam tiga hingga empat saat sahaja," katanya. Dalam pada itu, menteri pertahanan Rusia berkata, sekumpulan pakar turut dikerahkan untuk menyiasat lokasi kejadian. "Disebabkan saiz runtuhan, sepasukan jurutera dana skar dengan kelengkapan sudah diarahkan ke sana untuk membersihkan runtuhan," katanya. Runtuhan batu yang menyekat laluan air turut membawa risiko banjir sehingga kampung di sekitar kawasan itu terpaksa ditutup buat sementara waktu.- Daily Star.