suria

Lelaki belasah adik kekasih sampai mati kerana tumpahkan jus oren atas Xbox

Hasil soal siasat polis, lelaki itu mengaku dia menggoncang dan memukul kanak-kanak tersebut. FOTO: Cnet

SEORANG lelaki membelasah kanak-kanak berusia empat tahun sehingga mati gara-gara dia menumpahkan jus oren di atas permainan Xbox miliknya.

Menurut pihak polis, mangsa merupakan adik kepada kekasih lelaki itu.

Jonathan Fair kini didakwa atas kesalahan membunuh setelah kanak-kanak perempuan itu meninggal dalam kejadian di Waukegan, Illinois, baru-baru ini.

Menurut laporan perubatan, selain dipukul pada hari kejadian, mayat mangsa turut menunjukkan kesan penderaan.

Mangsa yang berusia 4 tahun.

Hasil soal siasat polis, lelaki itu mengaku dia menggoncang dan memukul kanak-kanak tersebut.

Didakwa atas kesalahan pembunuhan kelas satu, dia kini ditempatkan di Penjara Lake City.

Dalam pada itu, keluarga mangsa pada mulanya langsung tidak menyedari bahawa ia merupakan satu pembunuhan.

Malah, ibu saudara mangsa menyifatkan lelaki tersebut seperti raksasa kerana sanggup membunuh kanak-kanak kecil yang tidak berdosa.

"Kesayangan kami mati gara-gara manusia tak berhati perut.

"Apabila tahu dia dibunuh, bertambah kesakitan dan kesedihan kami," katanya. - Mirror.UK.

Xbox, Jonathan Fair

Artikel Lain