suria

Masih berahsia jantina anak, Meghan kata Amy nama yang indah

MEGHAN Markle dan Putera Harry masih berteka-teki mengenai jantina bayi mereka yang bakal lahir pada musim bunga yang akan datang.

Namun mereka ada satu nama yang perlu dipertimbangkan sekiranya anak sulung mereka itu perempuan.

Semasa kunjungan ke bandar Birkenhead pada Isnin, pasangan itu bercerita mengenai keterujaan mereka bergelar ibu dan bapa bersama dengan orang ramai yang berkumpul di Hamilton Square.

Selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, Megan Dudley atau 'Meg' bercakap dengan Duchess of Sussex dan menyedari nama panggilan mereka serupa, dia memberikan cadangan nama kepada bayi pasangan tersebut.

Dudley memberitahu wartawan, "Saya tanya dia sama ada dia akan panggil bayinya Amy jika dia adalah perempuan dan dia kata, "Itu nama yang amat indah, saya sukakannya. Kami perlu fikir mengenainya."

Meghan dan Putera Harry bertegur sapa dengan orang ramai yang berada di Hamilton Square.

Semasa lawatan ke Melbourne, Australia Oktober lalu, Charlie Wolf, 12, turut bertanya kepada Meghan dan Putera Harry mengenai nama anak mereka yang bakal lahir nanti.

Meghan mengambil pendekatan mengunci mulut mengenainya tetapi membalas pertanyaan itu dengan berkata, "Kami mempunyai senarai panjang nama-nama yang dicadangkan orang ramai. Kami akan duduk dan meneliti nama-nama itu."

Sebaik sahaja Meghan dan Putera Harry mengumumkan berita gembira itu, beberapa bookie di United Kingdom mula meramal nama bayi diraja itu.

Menurut bookie, William Hill, nama Victoria menduduki tangga teratas beberapa minit selepas berita gembira itu diumumkan disusuli dengan nama Alice dan Elizabeth.

Selain itu, nama ibu bapa Putera Harry, Diana dan Charles turut diramal sebagai nama anak pasangan diraja itu. - People.com

Meghan Markle, Putera Harry

Artikel Lain