MUNGKIN kerana terlalu mengantuk selepas mengambil pil tidur, seorang lelaki secara tidak sengaja telah melamar teman wanitanya. New York Post melaporkan, lelaki yang enggan dikenali itu telah membuat pengakuan itu. Katanya, masalah sukar untuk tidur menyebabkan lelaki itu mengambil 40 miligram ubat tidur, melebihi dos yang ditetapkan. "Saya ada letak cincin pertunangan dalam laci...apabila bangun saya dapati cincin itu ada pada jari si dia. "Sudah tentu saya terkejut kerana tidak ingat sama sekali apa yang telah berlaku," katanya. Malahan, lelaki itu juga mengemas kini status Facebooknya kepada 'bertunang' dan ketika itu dia masih dalam pengaruh ubat berkenaan, Ambien. "Sebenarnya saya tidak bercadang untuk bertunang dengan teman wanita saya untuk sekurang-kurangnya setahun setengah lagi dan berhasrat untuk membeli cincin yang lebih baik tetapi kerana kesan ubat tidur itu, ia seolah-olah mempercepatkan perancangan itu," katanya.-Heraldsun.com