SATU keluarga di Silicon Valley di California, Amerika Syarikat menjadi perhatian apabila menyewa sebuah aparment dengan kadar sewa AS$1,500 (RM6,164) sebulan, untuk dua kucing mereka. Semuanya gara-gara kedua-dua kucing peliharaan mereka tidak serasi dengan anjing yang turut dibela di dalam rumah yang sama. Orang yang paling gembira sudah tentu David Callisch apabila mempunyai penyewa yang tinggal di sebuah unit kediaman studio apartment di belakang rumahnya, di San Jose, California. Mereka tidak minum alkohol, tidak merokok dan tidak pernah mendengar muzik terlalu kuat. Ini kerana penyewa yang dimaksudkan adalah Tina dan Louise, dua kucing yang tinggal bersendirian di apartment itu. Callisch pada mulanya merancang untuk menggunakannya sebagai kemudahan menginap Airbnb. Louise (atas) dan Tina hanya tinggal berdua di sebuah unit aparment. Foto Anda Chu/Bay Area News Group Namun, rakannya, Troy Good bertanyakan sama ada dia boleh menyewa rumah itu untuk kucing peliharaan anak perempuannya, maka dia pun bersetuju. Dia sudah tentu terkejut dengan permintaan itu pada awalnya, katanya: "Pelik kan? Saya tidak pernah menjangkakan perkara ini," kata Callisch kepada KPIX5. "Orang menyayangi haiwan peliharaan mereka, sebahagian daripada keluarga mereka, maka saya bantu rakan saya," katanya. Tina dan Louise merupakan haiwan peliharaan anak perempuan Troy Good, Victoria yang berusia 18 tahun. Sejak Victoria melanjutkan pengajian di Universiti Azusa Pacific di Southern California, kucing-kucing tersebut dijaga bapanya. - odditycentral