KENANGAN dirotan ibu-bapa sewaktu kecil sebagai denda pastinya dikenang sehingga tua.
Apabila dikenang semula, sesetengah individu menyifatkan pengajaran itu membantu mereka untuk menjadi manusia berguna.
Ibarat kata pepatah, kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan yang bermaksud jangan terlampau memanjakan orang yang disayangi.
Namun, lain pula ceritanya di United Kingdom (UK) apabila wujud gerakan untuk membuat undang-undang pengharaman berkenaan hal itu.
Menerusi kempen itu, mereka mahu perbuatan memukul anak biarpun untuk tujuan memberi pengajaran, diharamkan serta merta.
Undang-undang itu sudahpun diluluskan di Scotland dan Wales dan hanya England yang belum memindanya.
Ia bermakna UK kekal sebagai satu daripada empat negara Eropah yang belum mengharamkan perbuatan itu.
"Undang-undang di England, membenarkan ibu-bapa menyakiti anak-anak secara fizikal untuk denda atau pengajaran sudah ketinggalan zaman.
"Ia perlu dipinda bagi mencerminkan kita sebagai masyarakat hari ini yang percaya, menyakiti kanak-kanak adalah salah," ujar Anne Longfield.
Menteri Kanak-Kanak, Sam Mezec turut bersetuju dengan pendatat itu.
"Kita ada sejarah buruk melibatkan hal penjagaan anak, jadi kita memang perlukan undang-undang itu. Sekarang masa yang tepat," katanya. - Mirror.UK.