suria

Bayi ajaib lahir lewat 17 hari selepas kematian kembar, doktor tak sangka masih hidup

DILAHIRKAN lewat 17 hari selepas kelahiran kembarnya, seorang bayi dijangka tidak dapat bertahan lama.

Ramalan itu dibuat kerana kembarnya meninggal dunia sejurus dilahirkan ibu mereka.

Namun, semua itu hanyalah ramalan doktor yang dibuat berdasarkan pengetahuan perubatan mereka.

Ajaibnya, bayi itu sihat seperti bayi normal lain dan lebih manis, dia baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran pertama, baru-baru ini.

Sambutan hari lahir pertama Lexie.

Mengimbas kelahirannya, Lexie Sienna Bryant bertahan di dalam rahim ibunya selama lebih dua minggu.

Selepas menghabiskan 100 hari di unit rawatan rapi, Lexie dibenarkan pulang ke rumah.

Namun, dia bergantung pada wayar untuk makan dan bernafas.

Siapa sangka, dia semakin kuat sehingga sihat seperti bayi-bayi lain.

"Kami bangga dengan dia, Lexie begitu berharga untuk saya.

"Dia sangat ajaib, dah mula merangkak dan boleh duduk, bangga sangat," ujar ibunya. - Mirror.UK.

 

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan