suria

Obesiti ganggu rumah tangga, pasangan gemuk sanggup dibedah demi zuriat

ANDREW dan Sharon Hill pernah dinobatkan sebagai pasangan paling gemuk di Britain.

Namun, demi mendapatkan zuriat, pasangan itu sanggup menjalani pembedahan untuk mengurangkan berat badan.

Malah kata Sharon, masalah berat badan turut mengganggu keharmonian rumah tangga mereka.

Sharon mula mendapatkan rawatan pertama pada 2014 sewaktu dia mempunyai berat badan sekitar 288 kilogram.

Sejak itu, berat badan Sharon mula berkurang sebanyak 108 kilogram.

Penurunan berat Sharon menyebabkan suaminya turut melakukan tindakan sama.

"Sukar untuk saya dapatkan anak. Mungkin saya perlu korbankan kek dan coklat demi mendapatkan kegembiraan hidup yang sebenar iaitu anak.

"Saya sanggup buat apa sahaja untuk bergelar ibu," kata Sharon.

Namun Sharon pada mulanya mengakui agak kecewa dengan suaminya yang tidak serius dalam hal itu.

Malah kata Sharon, suaminya suka bermain komputer sambil makan sehingga kenyang.

"Saya nak dia ada dengan saya sepanjang hidup. Buat apa saya sihat kalau dia mati secara perlahan-lahan?," soalnya.

Kini, dia dan Andrew semakin sihat dan menurut doktor, peluang untuk mereka mendapatkan zuriat masih lagi ada. - Mirror.UK.

Andrew Hill, Sharon Hill

Artikel Lain