SEORANG pemuda dirakamkan terjun dari tingkat 11 sebuah kapal persiaran, semata-mata untuk meraih populariti di media sosial. Namun aksi lagak ngeri Nick Naydev mengudang padah apabila boleh berdepan dari syarikat pengendali kapal itu, Royal Caribbean. Syarikat tersebut turut mengadakan sekatan dengan tidak membenarkan pemuda 27 tahun itu daripada menaiki kapal mereka pada masa akan datang. Pemuda dari Washington, Amerika Syarikat (AS) itu dilihat melakukan aksi terjunan dari kapal Symphony of the Seas semasa ia berlabuh. Video menunjukkan dia memanjat balkoni kabin, dan kedengaran bunyi ketawa dan teriakan rakan-rakannya. Dia kemudian terjun ke laut dari balkoni biliknya di tingkat 11. Naydev memuat naik video tersebut di laman sosial Instagramnya, dengan harapan untuk menjadikannya tular. - Mirror UK