suria

Lidah lembu ditemui! Pasangan sihir polis & mahkamah selepas dituduh buat mutilasi alat kelamin

Pasangan suami isteri yang didakwa dengan FGM dibicarakan di mahkamah di Old Bailey, London. -fotoGetty

PASANGAN yang dituduh melakukan mutilasi alat kelamin terhadap anak perempuan mereka cuba menyihir polis dan pekerja sosial yang menjalankan siasatan ke atas mereka.

Lidah lembu dibalut dengan dawai dan dicucuk dengan paku serta pisau tumpul ditemui bersama nama orang-orang yang mahu disihir.

Selain itu 40 biji limau ditemui di rumah mereka berserta buah-buahan lain yang mengandungi kepingan kertas yang tertulis senarai nama.

Tertuduh, wanita berasal dari Uganda, 37, dan seorang lelaki dari Ghana, 43, yang tinggal di London timur, masing-masing dituduh melakukan Mutilasi Genital Wanita (FGM) dan gagal melindungi seorang budak perempuan daripada risiko mutilasi genital pada 28 Ogos 2017.

Pendakwa Caroline Carberry QC, membuka kes terhadap pasangan itu, menyatakan bahawa ibu bapanya, terutama si ibu berminat untuk melakukan amalan sihir, dengan bukti mantera dan sihir yang ditemui di peti sejuk dapur ketika polis melakukan siasatan di rumahnya pada November 2017.

Dia berkata: "Nama-nama yang diukir pada buah termasuk nama dua pegawai polis yang terlibat dalam penyiasatan kes itu, pekerja sosial, anak lelakinya sendiri dan pengarah pendakwaan awam.

"Mereka mahu orang-orang ini diam dan mengunci mulut. Terdapat satu balang lada dengan gambar seorang pekerja sosial tersembunyi di belakang tandas bilik mandi. Bukti sihir lain ditemui disembunyikan di bawah katil," katanya.

Pendakwa raya Joel Smith berkata kepingan kertas itu tertulis mesej seperti: "Saya buat hidup kamu derita, saya bekukan mulut kamu... diam, diam," dan "Jauhi saya, saya bekukan kamu, keluar dari hidup saya."

Pasangan tersebut, yang menafikan tuduhan itu dan tidak boleh didedahkan identiti mereka kerana alasan undang-undang, muncul di mahkamah Old Bailey di London pada Rabu untuk perbicaraan selama tiga minggu.

Menyebut tentang mesej WhatsApp antara pasangan itu sehari selepas dakwaan FGM, Carberry memberitahu bahawa pihak pendakwa menyatakan pada 'pagi selepas anak mereka dimutilasi', pasangan itu berbincang tentang sihir untuk 'membisukan polis dan doktor'.

Dia juga memberitahu panel bahawa budak perempuan itu, 5, telah memberitahu seorang pengasuhnya bahawa seorang wanita telah menyunatnya ketika dia di bawah jagaan ibu bapanya.

Dia juga memberitahu polis bahawa individu yang melakukannya adalah seorang tukang sihir.

Bagaimanapun pasangan itu menafikan amalan ilmu hitam.

Mereka memberitahu mahkamah bahawa kanak-kanak itu mengalami kecederaan selepas terjatuh akibat memanjat untuk mengambil biskut.

Semasa membuat panggilan ke perkhidmatan kecemasan, ibunya mendakwa anaknya 'terjatuh atas besi sehingga terkena bahagian peribadinya dan memberitahu seorang pegawai polis bahawa anak perempuannya tidak memakai seluar ketika kejadian.

Carberry berkata pendakwaan kes terhadap pasangan itu dibuat tertakluk kepada FGM di rumah ibunya yang kotor, di hadapan bapanya, yang duduk berdekatan dan dia mengalami kecederaan kerana pemotongan secara sengaja dengan alat tajam.

Dia memberitahu hakim bahawa pada masa budak itu dibawa ke Whipps Cross Hospital di Leytonstone pada hari yang sama, dia telah kehilangan sejumlah besar darah akibat kecederaan yang berpunca daripada pasangan tersebut.

Polis telah dihubungi oleh kakitangan hospital pada hari berikutnya selepas pakar melakukan pembedahan terhadap budak perempuan itu untuk memperbaiki keadaannya.

Semasa pembedahan pada 28 Ogos, dia 'mendapati tiga kecederaan berasingan', serta tiada kesan lebam atau bengkak pada alat kelamin atau paha budak itu, yang mana dia berpandangan ia mungkin dipotong dengan pisau bedah, kata Carberry.

Dia mengesyaki kes ini adalah pencabulan alat kelamin perempuan Jenis II, yang melibatkan 'pemotongan kelentit dan penghapusan labia minora', katanya.

FGM atau sunat adalah salah di sisi undang-undang di UK dan dianggap satu penderaan -MetroUK

mutilasi, FGM, sunat, sihir, ilmu hitam

Artikel Lain