suria

Lelaki suntik air mani sendiri dalam badan, mahu rawat sakit belakang

Doktor melakukan x-ray untuk mengenal pasti apa yang berlaku di bahagian lengan pesakitnya.

SEORANG pesakit telah mengejutkan sekumpulan doktor selepas menyuntik air maninya ke dalam badannya sendiri dalam usaha untuk menyembuhkan sakit belakang.

Lelaki berusia 33 tahun itu yang dimasukkan ke sebuah hospital di Dublin, telah cuba menyembuhkan kesakitannya tanpa nasihat perubatan.

Dia menyuntik dirinya selama satu tahun setengah sebelum petugas perubatan mendapat tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Kaedah pelik untuk mendapatkan kelegaan terhadap sakitnya itu diketahui selepas dia berjumpa dengan doktor kerana mengalami kesakitan teruk di bahagian belakang dan mereka bertanya tentang ruam merah dan bengkak di salah satu tangannya.

Mereka kemudian memberitahunya bahawa ‘ubat' itu telah menyebabkannya dia mengalami jangkitan selulitis.


Dr Lisa Dunne menerusi satu laporan kes dalam Irish Medical Journal menulis: “Dia telah merancang ‘penawar’ ini tanpa sebarang nasihat perubatan.

“Lelaki itu mendedahkan bahawa dia telah menyuntik satu dos air mani secara bulanan selama 18 bulan berturut-turut dengan menggunakan jarum hipodermik yang dibeli dalam talian.

“Keadaan lelaki itu tidak menjadikan dirinya bertambah baik walaupun selepas air mani disuntik, tetapi bermalam beberapa hari di hospital telah memberikan kelegaan buat dirinya,” kata doktor itu.

Dia berjaya melepaskan diri dari Hospital Adelaide dan Meath di ibu kota Republik Ireland, sebelum doktor mendapat peluang mengeluarkan air mani itu.

Dr Dunne berkata ini adalah kes pertama yang dilaporkan melibatkan 'suntikan air mani untuk rawatan perubatan’.

“Dia telah 'gagal dalam beberapa percubaan untuk menyuntik cairan di tubuhnya,” tulisnya, yang mana lelaki itu menyebut apa yang dilakukannya sebagai 'kaedah inovatif untuk merawat sakit belakang’.

Doktor juga menjelaskan bahawa ujian terhadap kesan air mani ke atas urat atau otot manusia tidak pernah dibuat.

Satu-satunya contoh suntikan melibatkan air mani yang disebut dalam jurnal adalah eksperimen yang dilakukan dengan menyuntik air mani ke dalam tikus dan arnab. -MetroUK

air mani, sakit belakang, suntik

Artikel Lain