suria

Jijik, lelaki gatal jerat mangsa bawah umur menerusi permainan Fortnite: Battle Royale

JIJIK, begitulah gambaran perilaku licik seorang lelaki yang menggunakan permainan video popular, Fortnite sebagai medan untuk dia memuaskan nafsu.

Berasal dari Florida, Anthony Gene Thomas didakwa melakukan hubungan seks dengan seorang gadis bawah umur yang ditemui menerusi permainan itu.

Malah, dia dikatakan menghantar video serta foto lucah kepada 20 individu menerusi ruangan chat aplikasi berkenaan.

Menerusi permainan Fortnite: Battle Royale, dia memperkenalkan diri sebagai Mr Thomas kepada sebilangan mangsa yang terdiri daripada kanak-kanak dan remaja perempuan.

"Kes ini sangat membimbangkan. Ia bukan sahaja melibatkan mangsa bawah umur, malah lebih teruk ia dilakukan menerusi permainan popular.

"Pemangsa akan menggunakan apa sahaja untuk mendapatkan mangsa dan mengeksploitasi mereka.

"Saya minta ibu-bapa mengawasi anak-anak, periksa siapa individu dalam talian yang ditemui mereka dan sentiasa beri peringatan mengenai orang sebegini," kata Ketua Polis Florida, Ashley Moody.

Dalam pada itu, Thomas dikatakan turut menawarkan wang ringgit dan hadiah termasuklah telefon bimbit kepada mangsa.

Pada Ogos tahun lalu, Thomas berkunjung ke rumah salah seorang mangsa sebelum mereka melakukan hubungan terlarang.

Thomas dikatakan menghilangkan diri bersama mangsa sebelum ibu-bapa gadis itu membuat laporan.

Tangkapan polis turut menemui telefon miliknya sebelum segala taktik licik menerusi permainan Fortnite berjaya dihidu pihak berkuasa. - Daily Star.

Fortnite: Battle Royale

Artikel Lain