suria

iPhone kesayangan dirampas, gadis 16 tahun telefon polis, tuduh bapa mencuri

Paparan skrin video yang dirakam oleh polis.

SEORANG remaja bertindak menghubungi polis selepas bapanya merampas telefon bimbitnya.

"Bapa saya ambil harta saya, iaitu telefon berharga AS$800 (RM3,290) yang bukan miliknya, dia tidak membelinya," kata gadis dari Ohio yang berusia 16 tahun itu kepada talian kecemasan 911.

Pegawai dari Jabatan Polis Euclid Selatan memberi respons dengan pergi ke tempat kejadian dan situasi di situ dirakam dengan kamera.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja jual buah pinggang beli iPhone & iPad tujuh tahun lalu sedang menderita sakit

"Saya ambil telefonnya sebab dia seorang remaja. Saya tak mahu dia memilikinya," kata bapa gadis itu, Robertson kepada polis.

"Saya tak dapat periksa telefon itu sebab ia dikunci, jadi saya mengambilnya."

Polis memihak kepada bapanya dan memberitahu gadis itu bahawa 'mempunyai telefon bimbit di bawah usia 18 tahun adalah keistimewaan dan bukan 'hak' seperti yang dianggap.

Polis juga memberitahu remaja tersebut supaya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh bapanya jika dia berharap untuk mendapatkan semula telefonnya.

Bapanya telah berjanji jika anak perempuannya mengubah sikap dia akan memberikan telefon itu semula kepadanya.

Polis tidak meneruskan kes itu.

"Jabatan kami tidak akan meneruskan kes 'kecurian' seperti ini. Sukar untuk mencari mahkamah di negara ini yang akan mengambil kes ini," kata Lt. James Wilson dari Jabatan Polis Euclid Selatan dalam satu kenyataan. -Inside Edition

iPhone, rampas, polis, bapa

Artikel Lain