suria

Anak kambing mutan berkepala dua mati kesejukan selepas empat hari dilahirkan

Anak kambing ini dilahirkan di sebuah ladang di Timur China. - Foto Asia Wire

SEBUAH rakaman menunjukkan seekor anak kambing berkepala dua dilahirkan di sebuah kandang.

Anak kambing itu kelihatan sukar untuk bangun dan seorang petani dilihat cuba mengangkat kepala haiwan tersebut.

Sebuah lagi video menunjukkan ibu kambing itu menjilat anaknya dan cuba membantunya berdiri sendiri.

Pemilik kambing tersebut yang tinggal di Yezhai, Bandar Fuyang di timur China berkata, ibu kambing berkenaan mengalami kesukaran dan mengambil masa selama tujuh jam untuk melahirkan anaknya kerana saiz kepala anak kambing itu yang luar biasa.

Gao Dafo perlu membantu menarik keluar kepala anak kambing berkenaan dan ketika itu dia menyedari kecacatan tersebut.

Ajaibnya, anak kambing berkepala dua itu boleh melihat menggunakan keempat-empat matanya dan makan dengan dua mulut.

Namun, umurnya tidak panjang kerana ditemukan mati selepas empat hari.

Anak kambing tersebut mati dalam kesejukan di dalam kandang.

Keadaan anak kambing itu dipercayai disebabkan oleh mutasi genetik sewaktu pembangunan berlaku. - Daily Star

kambing mutan

Artikel Lain