suria

Backpack Kid saman pencipta permainan Fortnite yang didakwa tiru tariannya

TIGA penari mengambil keputusan untuk menyaman pencipta permainan video Fortnite atas dakwaan perlanggaran hak cipta.

Salah seorang daripada mereka, Russell Horning, 17, memfailkan saman ke atas syarikat Epic Games, Disember lalu.

Dia yang dikenali sebagai Backpack Kid mendakwa syarikat itu menggunakan tarian yang dipopularkan olehnya dalam karakter permainan Fortnite.

Selain Backpack Kid, 2 Milly turut membuat aduan mengenai peniruan itu.

"Orang tempah saya, bayar saya untuk saya buat persembahan lagu dan menyanyi, tetapi mereka mencuri karya saya," ujar Milly.

Backpack Kid, Milly dan Alfonso Ribeiro bukan sahaja memfailkan saman ke atas Epic Games, malah notis tuntutan turut dihantar kepada Take-Two Interactive Software, pencipta permainan NBA 2K yang turut menggunakan tarian berkenaan.

Dalam pada itu, Epic Games enggan memberi sebarang ulasan berhubung dakwaan berkenaan.

Epic Games juga dikatakan belum mengambil sebarang tindakan untuk mempertahankan syarikat mereka namun percaya bahawa gerak tari tidak boleh didaftarkan hak cipta. - The Indipendent.

Backpack Kid, Fortnite

Artikel Lain