suria

Takut hilang pendapatan, lelaki klon anjing miliknya setelah ia jadi bintang filem

TUAH anjing jalanan yang diselamatkannya, seorang lelaki menjana pendapatan lumayan apabila haiwan itu menjadi bintang filem dan mula dikenali ramai.

Namun, sikap tamak lelaki itu yang bimbang akan hilang pendapatan jika anjingnya mati menyebabkan dia mengambil keputusan untuk membuat klon haiwan peliharaannya itu.

He Jun dikatakan mengeluarkan wang sebanyak AS$50,000 (RM205,000) untuk membuat klon anjing berkenaan di sebuah makmal pengklonan.

Dikenali sebagai Sinogene, ia merupakan syarikat bio-teknologi pertama di negara China yang menawarkan pengklonan haiwan.

"DNA anjing itu diasingkan dan disenyawakan menggunakan telur, kemudian ia diletakkan dalam ibu tumpang yang juga seekor anjing.

"Anjing klon itu lahir tiga bulaln lalu dan perlu tinggal di makmal selama sebulan," ujar pakar di makmal itu.

Menurutnya lagi, baka klon itu juga berkemungkinan memiliki ciri-ciri yang lebih baik berbanding baka asalnya.

Dalam pada itu, ketua pegawai eksekutif Sinogene, Mi Jidong berkara ramai pemilik haiwan yang mahu melakukan perkara tersebut.

Tahun lalu, negara China turut menjadi bualan ramai apabila mereka berjaya membuat pengklonan ke atas dua ekor monyet. - Daily Star.

Sinogene, He Jun, Klon

Artikel Lain