suria

'Pendaki Bikini' ditemui mati kesejukan

Wu dikatakan mati kesejukan selepas terjatuh ke dalam gaung. Foto AsiaWire

SEORANG pendaki yang diberi jolokan 'Pendaki Bikini' selepas dikenali suka berpakaian renang untuk mendaki, ditemui mati kesejukan.

Gigi Wu, atau juga dikenali sebagai Wu Chi-yun, melakukan pendakian solo pada 11 Januari lalu di Taman Negara Yushan di Taiwan, sebelum ditemui mati oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Terdahulu, pendaki berusia 36 tahun itu membuat panggilan kecemasan kepada seorang rakan menggunakan telefon satelit miliknya pada 19 Januari lalu.

Wu memberitahu dia terjatuh dan tersadung ke dalam gaung sedalam 20 meter.

Menurutnya, dia terperangkap di bawah dan tidak dapat bergerak akibat kecederaan yang dialaminya selepas terjatuh.

Perbadanan perkhidmatan pengangkutan udara kepulauan itu memberitahu, mereka cuba menggunakan helikopter ke lokasi kejadian, tetapi operasi terpaksa ditangguhkan kerana cuaca buruk.

Mereka kemudian menghantar dua pasukan untuk mencari dan menyelamat.

Mayat Wu ditemui di lokasi kejadian 28 jam kemudian. - Mirror UK

pendaki, bikini, Gigi Wu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Maut terlebih makan durian

Artikel Lain