SEORANG pemandu van mini ditemui mati di Curug, Tangerang dekat Jakarta, Indonesia, dan polis mengesyaki punca kematian kerana terlebih makan durian. Ketua unit siasatan jenayah polis Tangerang Selatan, Alexander Yuriko memberitahu kompas.com pada Ahad bahawa pemandu berkenaan, Adie, 53, menghidap darah tinggi. Tambah beliau, Adie memakan sejumlah besar durian pada Jumaat malam, sehari sebelum dia meninggal dunia. "Mangsa dikatakan meninggal dunia kerana tekanan darah tinggi dan memakan durian, menyebabkan saluran darahnya pecah dan hidungnya berdarah," kata Alexandar pada Ahad. Mangsa ditemui di dalam van mini oleh rakan-rakannya, yang tidak melihatnya sejak pagi Sabtu. - The Jakarta Post/Asia News Network