SATU insiden yang menjengkelkan… Itulah ungkapan sesuai apabila penumpang pesawat tambang rendah Scoot Airlines yang dalam perjalanan dari Gold Coast, Australia ke Singapura terpaksa melencong ke Sydney gara-gara penumpang mabuk. Penumpang berkenaan yang dikenali sebagai Jason Felix bertindak agresif dengan menghayunkan tumbukan dalam satu pergaduhan ganas ketika pesawat berlepas. Pergaduhan bermula ketika kru pesawat TR7 enggan melayan permintaan lelaki warga Australia itu untuk terus menikmati minuman keras sehingga membangkitkan kemarahannya lalu menumbuk penumpang lain. Insiden itu meyebabkan juruterbang terpaksa mendaratkan pesawat di Sydney sehingga mengakibatkan penerbaangan terkandas kira-kira 1 jam 2 minit. Para penumpang pesawat itu kemudiannya terpaksa dipindahkan ke pesawat lain sebelum mereka meneruskan penerbangan ke Singapura. "Penerbangan itu dialihkan ke Sydney, kerana terdapat penumpang yang menimbulkan kekacauan dalam pesawat. "Penumpang diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan. Kami telah mengaturkan penerbangan alternatif kepada penumpang yang terjejas,” kata pihak penerbangan Scoot Airlines. Jason Felix ketika dibawa keluar dari pesawat terus meminta lebih banyak minuman keras diberikan kepadanya. Insiden dalam pesawat pada Isnin itu menjadi tular dan kejadian itu berjaya dirakamkan oleh penumpang lain. - Mirror