SEORANG wanita di Ireland Utara terpaksa 'hidup' dengan paket ubat yang tersangkut di kerongkongannya selama 17 hari, selepas menelannya tanpa rasa sedar. Wanita berusia 40-an, yang tidak didedahkan identitinya itu dilaporkan menelan pil Tramadol pada tengah malam, tanpa mengeluarkannya dari kepingan paketnya. Pagi selepas kejadian itu, dia bangun dengan merasakan terdapat sesuatu di bahagian kerongkongnya sebelum pergi ke hospital di mana dia mengadu tidak selesa dan sukar menelan. Bagaimanapun, doktor telinga, hidung dan tekak di mendapati bahawa dia dapat menerima cecair, tidak mengalami kesukaran bernafas dan dapat menggerakkan lehernya tanpa rasa sakit. Imbasan X-ray menunjukkan lelasan (kesan luka) dalam kerongkongnya, yang kemungkinan besar disebabkan oleh bahagian tepi paket pil yang tajam, tetapi tiada objek asing dikesan. Wanita itu diberitahu bahawa segalanya nampak baik dan dia diminta datang semula ke hospital jika tidak ada kemajuan dalam beberapa tempoh beberapa hari akan datang. Gejala yang dialami wanita itu bagaimanapun tidak hilang begitu sahaja, jadi tiga hari kemudian dia kembali ke hospital. Dia ditahan selama dua malam dan dirawat dengan steroid serta ubat penahan sakit sehingga gejala-gejala itu berkurangan. Walau bagaimanapun, lima hari kemudian dia kembali dan mengadu mengalami gejala yang sama. Kali ini, pasukan perubatan melakukan peperiksaan X-ray khas yang memberi tumpuan kepada bahagian belakang mulut dan tekak, tetapi hasilnya normal, jadi dia diminta pulang. Hanya ketika kunjungan keempatnya ke Hospital Kawasan Craigavon di Co Armagh dan Royal Victoria Hospital di Belfast, barulah doktor mengenal pasti masalah yang dihadapi. -foto BMJ Setelah mencuba semua pilihan yang ada, mereka melakukan prosedur yang lebih invasif yang dipanggil imbasan 'oesophago-gastroduodenoscopy' (OGD), di mana tiub dan kamera yang digunakan untuk pemeriksaan saluran atas usus. Doktor terkejut apabila mendapati paket pil Tramadol yang masih tidak terjejas berada dalam kerongkong wanita itu, tetapi ia dapat dikeluarkan dengan selamat. Menurut wanita berkenaan, ia telah tersekat di situ selama 17 hari. "Dia telah menelan tablet Tramadol bersama paket kerasnya yang tersangkut di bahagian atas kerongkong," kata doktor dalam laporan kes yang diterbitkan oleh BMJ Case Reports. "Dia menjalani prosedur oesophagoscopy tegar dan penyingkiran bendasing secara tidak sengaja 17 hari selepas pengambilan tabletnya dan dia dibenarkan keluar selepas tempoh pemerhatian." Perkara paling pelik mengenai kes ini adalah pesakit tidak tahu bahawa dia telah menelan pil itu bersama dengan pembungkusnya dan seperti doktor, dia juga terkejut apabila melihat gambar-gambar yang ditunjukkan kepadanya. "Saya tak tahu saya telah menelannya. Ia adalah tiga minggu yang sangat menakutkan dan saya tak percaya bila saya tengok gambar itu," katanya.