suria

Wanita rasa bertuah penjual bagi makanan percuma, terus loya tekak nampak 'inti' cicak

-foto Sanook

BAYANGKAN anda baru saja membeli enam snek daripada penjaja di sebuah stesen kereta api.

Anda sudah menikmati lima daripadanya, tetapi apabila mahu menggigit snek yang keenam, anda ternampak cicak di dalamnya.

Itulah yang didakwa berlaku kepada Junto Gaewpuong, Selasa, yang kisahnya tular di media sosial Thailand.

Wanita berusia 62 tahun itu menemui cicak dari keluarga Scincidae yang menjadi 'inti' dalam makanan tradisional Thai 'Khao Lam' (pulut dalam buluh) yang dibelinya di stesen Keretapi Surin.

Gaewpuong, dalam satu temu bual dengan Thairath berkata dia membeli makanan ringan itu ketika menunggu tren untuk pulang ke Surin selepas melawat sepupunya di wilayah Nonthaburi kira-kira pukul 4 pagi.

Apabila nampak penjualnya, seorang wanita berusia 40-an sedang menjaja makanan di luar, dia membayar 20 baht untuk lima snek 'Khao Lam' yang dibelinya.

Gaewpuong berasa amat bertuah apabila wanita itu memberikannya satu snek percuma.

Malangnya, dia hanya menyedari betapa dia sebenarnya bernasib malang apabila mahu makan Khao Lam keenam, iaitu snek yang terakhir.

"Saya hanya gigit snek terakhir itu sekali saja. Saya koyak buluh itu supaya senang nak makan dan nampak cicak. Saya sangat terkejut dan mual," Gaewpuong memberitahu wartawan.

"Saya mungkin tak akan beli makanan ringan ini lagi," katanya.

Di akhir sesi temubual, Gaewpuong menyeru semua penjual makanan untuk memberi perhatian terhdap kebersihan produk mereka.

Kisah ini berlaku hanya beberapa minggu selepas seorang pelancong di Thailand mendakwa dia menemui cicak, bukan dari makanan penjaja, tetapi dalam bungkusan snek kulit ikan telur masin dari firma Singapura. -coconuts

cicak, Khao Lam, nasi, makanan Thai

Artikel Lain