SEORANG lelaki ditahan selepas didakwa mencincang badan rakan serumahnya sebelum bertindak membuangnya ke dalam tandas selepas mereka terlibat dalam pergaduhan. Pintu Sharma, 42, dilaporkan memberitahu polis bahawa dia panik selepas rakannya, Ganesh Kolhadkar meninggal akibat terjatuh selepas mereka bergaduh. Menurut Times of India, mereka bergaduh mengenai pertikaian kewangan. Namun tidak dapat dipastikan sama ada suspek pergi ke flat didiami mangsa di Mumbai, India. Suspek kemudian mendakwa dia mengerat badan Ganesh menggunakan gergasi besi kepada 200 bahagian. Pintu Sharma. Suspek turut didakwa membuang bahagian kecil badan mangsa ke dalam tandas sementara kepingan besar dihapuskan dengan membuangnya dari tingkap kereta api. Polis dipanggil apabila tukang cuci di blok flat tersebut menemui punca yang menyebabkan saluran tandas di kediaman itu tersumbat. Deputi Superintendan Jayant Bajbale memberitahu media bahawa lebih 30 kilogram daging manusia ditemui di saluran yang tersumbat itu. Mayat mangsa kemudian dihantar untuk proses bedah siasat. - Mirror.co.uk